Menjelang pembentangan Bajet 2023 Jumaat ini, Penganalisis Ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid mengingatkan supaya kerajaan tidak memotong cukai ke atas golongan kaya.<br /><br />Malah katanya, cukai wajar ditambah kepada golongan berpendapatan tinggi dalam usaha menambah perbendaharaan negara sebagai usaha memulihkan kesulitan ekonomi yang sedang dihadapi.